Salam perkenalan... dunia baru..dunia blogger.. nampaknya mungkin aku ni dah ketinggalan sebab baru nak mula wat kan.. niat dah pasang lama dah nak wat, tp xbuat2.. sebab malas kot.. ni pun kawan yg tolong watkan.. hee.. tq untuk Razman.. follower sulung aku.. tapi selepas ini, aku akan rajin2 kan diri.. hee..
![]() |
| Helloo..... |
Serba Sedikit Tentang Aku....
Hamba bernama DarenHaikal.. Berumur 23 tahun, lahirnya bulan Julai... sesiapa yg lahir bulan Julai gak, Selamat Luar Biasa Baguss... sebabnya.. org2 lahir bulan Julai ni selalunya baguss2.. hee.. Bulan2 lain pun sama jugak ea... tak kurang, tak lebih..hee..
Mendapat pendidikan awal di Tadika St.Clement, Sarikei... (doknya di Sarawak), then, sekolah rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Agama, Habiskan 5 tahun pulak di Sekolah Menengah St.Anthony, Sarikei... Lepas tu, terus masuk UiTM Samarahan, Sarawak ambil jurusan Diploma Pengajian Sukan.. Tua 3 tahun di situ.. Sambung pula di Universiti sama, tp kampus Shah Alam.. 2 tahun berjuang dalam jurusan Sarjana Muda Sains Sukan..Alhamdulillah.. bulan 10 ni aku konvo pulak untuk degree.. hee..
Sementara tunggu konvo dan sambung pulak master, aku mohon GSTT (Cikgu Sandaran Tidak Terlatih) di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sarikei.. Jadilah aku seorang guru PJK dan BM untuk pelajar menengah rendah... SELAMAT PETANG CIKGU!! ni baru balik kerjala ni.. sesi petang... hee..
So, inilah serba sedikit tentang aku... apa yang penting, aku nak berkongsi sebenarnya apa yang aku belajar selama 5 tahun tentang sukan, senaman, dan sebagainya yang berkaitan dengan kesihatan.. selain itu, aku juga peminat karya-karya DR.HM TUAH ISKANDAR.. aku juga akan selitkan motivasi-motivasi serta pengalaman menarik untuk kita jadikan iktibar atau pedoman...
SINGGAH2 LA WA PUNYA BLOG EA... SELAMAT BERPUASA....~~~~~~


0 comments:
Post a Comment