Tajuk aku hari ni, pasal psikologi menguruskan badan.... ringkas tapi padat.... aku xnak cerita pasal fizikal dulu, sebab kalau xda motivasi diri, fizikal memang xakan lepas... semangat kemain 3 bulan... tp usaha seminggu dah menyerah kalah.... mari kita tengok sebab-sebabnya....:
Apa akan jadi:
Macam ni... kita dah buat penat2, tahan nafsu makan selama seminggu, sebab kemain nak kurus ni... sekali, dah seminggu.. tengok pula cermin.. xnampak perubahan langsung.. ni lah titik mula orang tersebut berputus asa... semangat tinggi dah jatuh merudum bila tengok keadaan fizikal yang tidak berubah... bila anda beritahu kepada diri anda, "SAYA DAH KURUS SEBAB DAH WORKOUT DAN DIET".. bila tengok xda perubahan... jadilah macam tu..
Jalan Penyelesaiannya:
--> Tukar cara pemikiran anda, bila anda tengok cermin.. anda sepatutnya berkata "YA, AKU SEKARANG DI DALAM PROSES UNTUK MENJADI KURUS".. kenyataan ini, tidak menunjukkan anda menipu diri anda, dan anda xperlu kecewa.. sebab sememangnya anda MASIH DI DALAM PROSES MENGURUSKAN BADAN.. hasilnya pasti akan nampak setelah berbulan-bulan.. Jadi, tukar cara pemikiran anda.....
--> Selain itu, kalau boleh anda hendaklah menggunakan PENIMBANG yang SAMA, dan kalau boleh PENIMBANG DIGITAL... sebabnya, penurunan berat anda walapun hanya 50g, dapat diukur dengan penimbang digital.. jadi... anda akan tetap berasa anda DI DALAM PROSES PENURUNAN WALAU BERKURANG HANYA 1G..
--> Matlamat anda... kawan-kawan, matlamat hendaklah realistik.. selalunya, sekali lagi sy tekankan.. SELALUNYA.. dalam seminggu kita boleh turun dalam 1kg... janganlah kita tetapkan matlamat yang terlalu tinggi, kerana ini boleh mengecewakan secara psikologinya.. ikutlah kemampuan anda bedasarkan senaman dan cara pemakanan yang mampu anda lakukan.. ingat.. MATLAMAT KENA REALISTIK!!....
LAST SEKALI, MENANG PSIKOLOGI DULU YA, SEBELUM MENANG SECARA FIZIKAL.. SEMOGA USAHA ANDA BERHASIL...


